Langkau ke kandungan
Kini Gemini dilengkapi perlindungan data tambahan. Sembang dengan Gemini untuk menjimatkan masa, memeribadikan pembelajaran dan menginspirasikan kreativiti.
Kini Gemini dilengkapi perlindungan data tambahan. Sembang sekarang.

GOOGLE WORKSPACE FOR EDUCATION STANDARD

untuk institusi pendidikan anda

Education Standard mengembangkan dan memanfaatkan kefungsian Education Fundamentals dan membantu anda melindungi institusi pendidikan anda secara proaktif daripada ancaman digital dengan alatan keselamatan dan analitis lanjutan.

Cegah ancaman siber dengan keselamatan proaktif

Cari dan betulkan peristiwa keselamatan dengan pantas dan mudah menggunakan alatan yang membantu anda mengatasi ancaman digital terkini.

Alatan keselamatan premium membantu untuk menyediakan persekitaran pembelajaran digital yang selamat

Lihat butiran seperti perisian hasad dan spam yang dibenderakan, pelanggaran peraturan pencegahan kehilangan data, peranti terjejas, perkongsian fail luaran dan pelbagai lagi.

Kenal pasti, tentukan keutamaan dan ambil tindakan terhadap pancingan data, perisian hasad dan kemungkinan ancaman yang lain dengan pantas dan mudah.

Hentikan serangan perisian tebusan sebelum serangan tersebut bermula dengan mengimbas lampiran e-mel dalam Kotak Pasir Keselamatan maya secara automatik sebelum membuka lampiran itu.

Urus data dan akses dengan kawalan berpusat

Pusatkan pengurusan privasi, keselamatan, data dan peranti untuk institusi anda dalam alat yang bersepadu. Tentukan cara, waktu dan lokasi data boleh diakses.

Alatan keselamatan premium yang memusatkan pengurusan pentadbiran

Konsol pentadbiran ialah alat bersepadu anda untuk pengurusan privasi, keselamatan dan peranti.

Buat dasar kawalan akses yang terperinci berdasarkan atribut seperti identiti pengguna, lokasi, peranti, status keselamatan dan alamat IP.

Hadkan storan data kepada Amerika Syarikat atau Eropah atau edar ke seluruh dunia.

Gunakan label Drive, peraturan kepercayaan serta khalayak sasaran untuk mengawal cara fail boleh dikongsi dan kelaskan fail berdasarkan tahap sensitiviti kandungan.

Bangunkan cerapan yang lebih mendalam dengan analitis dan gambaran

Jana cerapan yang lebih mendalam dengan mengakses, menganalisis dan menggambarkan data anda dengan alatan yang intuitif dan mudah digunakan.

Alatan analitis premium untuk menjana cerapan yang lebih mendalam

Analisis data dengan papan pemuka bertemplat dan laporan keselamatan yang terperinci.

Lihat demo

Analisis penggunaan produk yang dieksport kepada BigQuery dan buat gambaran yang hebat dalam Looker Studio untuk membangunkan cerapan dan memahami pulangan pelaburan anda dengan lebih baik.

Semua Edisi

Google menyediakan privasi dan keselamatan yang terunggul dalam industri

100 M

percubaan pancingan data disekat oleh Gmail setiap hari

99.9%

spam, percubaan pancingan data dan perisian hasad disekat dengan perlindungan AI dalam Gmail

30,000

laman web tidak selamat dikenal pasti oleh Google setiap minggu

Anda pemilik data anda

Anda mengekalkan hak harta intelek penuh atas data anda dan mengawal pengguna yang boleh memuat turun data itu serta masa data boleh dimuat turun.

Protokol privasi yang ketat

Privasi ialah asas kepada cara kami membina produk. Standard privasi yang ketat menjadi panduan pada setiap peringkat pembangunan produk.

Tiada pengiklanan

Perkhidmatan teras seperti Gmail, Calendar dan Classroom tidak mengandungi iklan.

Menyokong pematuhan terhadap FERPA, COPPA, GDPR dan pelbagai lagi

Penyelesaian kami menyokong pematuhan terhadap keperluan privasi serta keselamatan global yang ketat.

Edisi yang manakah sesuai untuk institusi anda?

Penyelesaian Google Workspace for Education menawarkan pilihan dan kefleksibelan. Cari padanan yang sesuai untuk komuniti pendidikan anda.

  • Gmail

  • Kalendar

  • Meet

  • Classroom

  • Docs

  • Sheets

  • Slides

  • Borang

  • Tugasan

  • Pentadbir

  • Drive

  • Baharu

    Apl Gemini

  • Kumpulan

  • Sites

  • Tasks

1 Google Workspace for Education Fundamentals tersedia tanpa kos untuk institusi yang layak. Ketahui lebih lanjut.

Pertingkatkan edisi anda dengan alat tambah yang berkuasa

Beli alat tambah untuk melengkapi individu tertentu di institusi anda dengan kefungsian premium.

Gemini Education

Gemini ialah pembantu AI yang boleh digunakan merentas Google Workspace for Education untuk membantu anda menjimatkan masa, membuat pengalaman pembelajaran yang menarik dan mengilhamkan idea baharu

Teaching and Learning

Kembangkan dan manfaatkan kefungsian Education Fundamentals dan Education Standard dengan alat tambah premium ini.

Terokai sumber yang berguna untuk membolehkan anda bermula

Ketahui lebih lanjut tentang cara bermula dengan Google Workspace for Education melalui video latihan, panduan dan sumber tambahan ini.

Mulakan hari ini dengan Education Standard

Bersedia untuk mengambil pendekatan keselamatan yang lebih proaktif untuk institusi anda?

Cari jawapan untuk soalan yang sering ditanya

Daftar di sini untuk mendapatkan kemaskinian, cerapan, sumber dan pelbagai lagi.